Pad bertali ini amat mudah digunakan oleh wanita yang betul-betul baru sahaja bersalin. Masih di atas katil hospital lagi.
Jika ada koyakan perinium, puan tak perlu angkat kaki untuk pakai seluar dalam yang di'snap' dengan cloth pad jenis button.
Puan hanya perlu;
※ buka kaki sedikit sahaja
※ letak pad bertali (permukaan plain bahagian kena darah)
※ kemaskan dengan tepat.
※ ikat pada pinggang.
Mudah, bukan?
InshaAllah jika berlaku 'gushing ' pun tak akan bocor sebab pad ini mempunyai lebar yang cukup
Saiz pad :
Lebar belakang : 14cm
Lebar tengah : 10cm
Lebar depan : 12cm
Panjang keseluruhan pad : 30cm
Saiz pinggang boleh diorder mengikut saiz pinggang puan, menggunakan getah pinggang + butang.
Jika tidak, tali hanya diberi bersaiz normal saiz 30 inci ke atas.